ASSALAMUALIKUM W.B.T

.

Bayangkan, anda ada seorang anak yang anda sayang dengan penuh emosi. anak anda sangat bernilai dengan diri anda. ketika anda bersama dengan anak anda anda akan gembira dan selesa. suatu hari, anak anda sakit dan dimasukkan kedalam wad kecemasan.

.

Apa yang akan berlaku dengan anda ketika itu? kenapa anda lakukan tindakan itu? .

.

jawapanya pasti satu..anak anda adalah sesuatu matlamat yang bernilai bagi anda.

.

5 LANGKAH UNTUK ANDA ATASI RASA MALAS UNTUK CAPAI KEMAHUAN ANDA DENGAN MENGGUNAKAN EMOSI.

1. Anda perlu letakkan suatu kepercayaan kepada kemahuan anda. sekiranya anda mempunyai suatu kepercayaan yang menghalang tindakan anda, maka anda perlu tukarkan kepercayaan itu sehingga kepercayaan anda itu membantu anda bertingkah laku positif. pastinya jika ada kepercayaan anda yang menghalang anda, itu disebabkan oleh persepsi yang tidak membantu. terlalu banyak persepsi juga akan menghalang kepada tindakan anda. persepsi ini dipengaruhi oleh Persekitaraan, Pengalaman dan ilmu.

2. Apa yang anda rasakan ketika mencapai kemahuan anda?. Letakkan nilai emosi kepada kemahuan anda untuk anda mampu memulakn tingkah laku. Emosi akan menghasilkan tingkah laku anda. Kenapa?.manusia akan cenderung untuk bergerak daripada zon tidak selesa ke arah zon selesa. semestinya emosi anda pada kemahuan itu adalah arah zon keselesaan emosi anda.

.

3. Setelah anda pecahkan kepercayaan anda dan meletakkan emosi kepada kemahuan anda, bagaimana anda perlu bertindak dengan tindakan yang beul?. ini selalunya menjadi masalah kepada setiap kita yang bergelar manusia. baiklah..anda bahagikan kepada beberapa bahagian dalam satu ruangan iaitu perkara yang perlu dibuat untuk SEGERA-PENTING, SEGERA-TIDAK PENTING, TIDAK SEGERA PENTING dan TIDAK SEGERA DAN TIDAK PENTING. Tulis setiap perkara yang anda fikirkan berkaitan dengan 4 bahagian itu. anda akan bertemu dengan perkara apa yang anda perlu lakukan sesuai dengan diri anda. INGAT! ANDA TIDAK BOLEH IKUT-IKUT DENGAN APA YANG DITULIS OLEH ORANG LAIN. IANYA TIDAK AKAN SELARAS DENGAN ANDA DAN MEWUJUDKAN KONFLIK DALAMAN ANDA.

.

4.  Sekarang kita kukuhkan dengan apa yang anda percaya, anda nilaikan dan tindakan anda. pernah dengar Azan?..apabila Azan berkumandang anda akan pelahankan bunyi-bunyian, berhenti bercakap dan sebagainya. itu sebab anda telah kukuhkan Azan itu dalam minda anda. anda pasakan tindakan anda itu dengan membayangkan keadaan diri anda ketika kemahuan anda telah tercapai. bayangkan apa yang anda rasa, apa yang anda dengar dan apa yang anda lihat. ulang kaedah ini sehingga anda rasa selesa dalam minda anda.

.

5. Anda ceritakan pengalaman anda itu kepada orang lain dengan penuh kejujuran dan rasa. ini kerana, orang yang diceritakan akan sentiasa ingatkan kita tentang kemahuan kita. kita akan fokus dan sedar dengan apa yang kita mahu.

Selamat berjaya!.