ABOUT ME

Nama yang ibu dan ayah berikan adalah Muadzad Shahrom Bin Muhasip anak kedua daripada 5 orang adik beradik. Saya dilahirkan pada 18hb November 1984 di Kota Kinabalu. Saya menabur bakti di Kementerian Belia dan Sukan Sabah bermula daripada 2009 sehinggalah sekarang. Dahulu, saya seorang yang sangat aktif.

Perkara yang saya paling suka buat adalah bermain bola sepak, sukan-sukan mencabar dan suka melakukan aktiviti secara berkumpulan bersama-sama dengan rakan. Kehidupan saya lebih kepada kehidupan biasa. IsninJumaat saya berkerja dan sabtu-ahad saya banyakkan bersama keluarga dan bermain bola. itulah kehidupan rutin saya.

Dalam konteks kerjaya, saya banyak melibatkan diri dengan aktiviti pembangunan manusia, pengurusan sumber manusia dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang diarahkan oleh pihak pengurusan organisasi.

LATAR BELAKANG AKADEMIK

Saya memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Lohan Ranau kemudian meneruskan di Sekolah Menengah Lohan Ranau daripada 1991-2002 kemudian menyambung pendidikan di Universiti Malaya dalam bidang Sains Sukan (Major Kejurulatihan). Sekarang melanjutkan pendidikan dalam bidang Master Psikologi Kaunseling di Universiti Malaysia Sabah.

LATAR BELAKANG PERSIJILAN PROFESIONAL

Saya telah mendapat pengiktirafan sebagai seorang Trainer daripada Human Resource Development Fund (HRDF) yang bernombot TTT: 18466 . Setelah itu, saya mendapat persijilan profesional sebagai Coach Neuro Linguistic Program (NLP), Pengamal Linguistic & Behaviour (LAB) Profile, Developing NLP Strategy dan Pengamal Asas Neuro Linguistic Program (NLP).

APA MANFAAT YANG ANDA DAPAT

Bangkit daripada kesengsaraan – HARAPAN

Bertindak setelah semua cara tidak berjaya dilakukan -HARAPAN

Tahu apa yang perlu dilakukan setelah tidak tahu apa yang perlu dibuat – HARAPAN

Kenal diri setelah selama ini lupa akan diri sendiri – HARAPAN

Gembira dengan kejayaan yang diperolehi setelah banyak kejayaan yang dikecapi tapi hati gelisah – HARAPAN

Rasa hidup bermakna setelah selama ini hidup kosong -HARAPAN

KENAPA SAYA YANG ANDA PERLU?

Ketika saya sedar bahawa diri saya mampu memberikan manfaat kepada semua, saya telah berusaha untuk membina dalam diri saya. Perkara yang saya telah dan sedang lakukan adalah membuktikan kepada masyarakat bahawa setiap kita yang bergelar atau yang diciptakan oleh Allah mempunyai kekuatan yang tersimpan dan tersembunyi.

Yang menyembunyikan adalah diri kita sendiri tanpa kita sedar. Saya membuktikan bahawa Allah itu maha adil, penyayang dan pengasih kepada hambanya. saya membuktikan bahawa kita bergerak bukanlah disebabkan oleh anggota tangan dan kaki kita.

Yang mengerakkan kita adalah EMOSI dan anggota tangan dan kaki hanyalah ‘ Tools’ untuk kita berada daripada point A ke Point B. Saya telah bina diri saya dengan menghadiahkan gelaran sebagai seorang Trainer yang membantu semua lapisan masyarakat.

Saya letakkan diri saya dalam kelompok Trainer dalam Human Resource Development Fund. Berdaftar saya sebagai seorang Trainer saya boleh sebarkan manfaat kepada semua tidak kira dalam perniagaan, kerajaan mahupun orang awam.

“Anda mahukan hasil biasa, maka lakukan tindakan seperti biasa. Anda mahukan hasil luarbiasa, maka bertindaklah luarbiasa” .

Kata-kata itu telah membuatkan saya terus melangkah menjadi seorang Trainer yang boleh mempengaruhi setiap peserta untuk mengubah minda. Saya telah memulakan langkah menjadikan diri saya lebih luar biasa apabila saya bergelar sebagai seorang Coach Neuro Lingustic Program atau bahasa mudah adalah terapi minda yang membantu memberikan manfaat kepada individu dan organisasi yang memerlukan. Mengubah pemikiran dan bertindak adalah slogan saya untuk membantu mereka yang memerlukan.

Akhir sekali yang menjadikan saya luar biasa adalah saya melalui setiap apa yang saya katakan. Saya merasai, melihat dan mendengar setiap apa yang saya katakan. Saya bangkit setelah semuanya saya lalui. saya berdiri untuk kamu untuk kita sama-sama bangkit mencari dan mengenal diri untuk kita kuasakan sumber yang kita ada. Saya mungkin salah seorang yang memulakan kehidupan sebagai seorang yang serba kekurangan selepas kehidupan normal saya. Saya sedang menuju kehidupan yang luar biasa dan saya mahu kita sama-sama menuju kehidupan itu

Call Now