NIKMATI AJA KEHIDUPAN

NIKMATI  AJA KEHIDUPAN.
.
hari ni ride dengan Fauzianah Rashidie bermula dari tanjung aru sehingga jeselton point. memang aktiviti kami suka berkayuh melihat suasana masyarakat di sekitar bandar kota kinabalu diwaktu malam. ketika ini, kami melihat banyak sangat kebahagian warga kota sebenarnya wujud. dengan sesali, sebenarnya kegembiraan mereka kita cemburui. bermula kupu-kupu malam sehinggalah mereka yang bergelandangan memang ada sudut kebahagian kita tidak terungkap dengan mata. bisa saja, hati yang merasa dengan sejernihnya.
.
sampai di jeselton point, tiba-tiba tayar basikal pula bocor. ah?! mahu menolak basikal daripada jeselton point ke tanjung aru bukan mudah. saya nekad untuk berkayuh sahaja. secara perlahan dan berhati-hati saya berkayuh melalui lorong khas berbasikal. isteri mengekori dari belakang saja. saya bukannya risau basikal saya. tp risau isteri yang agak cemas melalui jalan raya bandar.
.
sampai lorong berbasikal dihadapan sebuah pusat membeli belah IMAGO, saya terlihat ada segerombolan manusia sedang berkumpul. ditengah-tengah gerombolan itu ada sebuah motor putih yang lengkap dengan bagasinya. saya lalu gerombolan itu dan berhenti. saya memikirkan untuk berhenti sekejap kerana isteri mengidam mahu makan SOTO.
.
” kita makan soto sekejap la.” ujar saya kepada isteri.
.
” bah, ok je” dia tersenyum.
.
saya menghampiri motorsikal itu.
.
” bang berapa harga soto?” saya bertanya.
.
” RM 6 bang!” dia pun memanggila saya abang.
.
siapa bah abang ni. 🤭
.
” ala bang, saya terbawa 10 ringgit saja ni?”. saya agak kesal sedikit. cadang mahu oder dua mangkuk.
.
” saya p ambil duitlah dulu. ko tunggu sini. mari basikal ko”. saya cakap dengan isteri yang sedang mengesat peluhnya.
.
kereta sudah tidak jauh. senang sikitlah mahu ambil kereta tu. kebetulan duit didalam kereta.
.
saya meninggalkan mereka dan berkayuh ke tempat kereta dalam 5 minit. sampai di kereta, saya masukkan kereta ke dalam kereta vios putih dan drive ke tempat tadi.
.
ketika saya sampai, isteri tengah santai makan soto bersama dengan seorang penunggang food panda.
.
” oh! ada customer lain sudah abang soto ini”. dalam hati saya mengomel.
.
saya keluar dari kereta dan terua duduk disebelah isteri saya sambil mendengar perbualan isteri saya dengan penunggang food panda tu dan penjual air mineral sejuk di tempat abang soto itu.
.
masih berminat untuk dengar? ayuh kita lanjutkan..
.
cerita penunggan food panda.
” saya ni kak kerja di sushi zamani di depan tu saja ( imago ). tapi kami belum kena panggil majikan. daripada duduk-duduk di rumah, bagus saya bawa food panda. baru kerja 5 hari.”
.
cerita abang soto
.
” saya menjual start jam 3 petang. kadang-kadang port saya di depan BED. kalau kena halau oleh pihak berkuasa saya pindah ke depan IMAGO ni. kalau kena halau sini lagi, saya pindahlah lagi”
.
cerita abg jual air mineral
” tuuuu air mineral saya jual kak. orang mahu makan mesti mahu minum”
.
netizen!.
.
apabila logik akal kita semua sudah tidak boleh berfikir dalam keadaan kita susah, kita masih ada TUHAN.
.
tapi tidak semua orang percaya dengan kuasa Tuhan. mereka percaya pada keupayaan mereka saja sedangkan keupayaan mereka lebih besar sekiranya percaya tuhan.
.
percaya?
.
saya sambung cerita…
.
kami mengambil gambar dan mahu beransur pulang. saya bertanya dengan penunggang food panda sambil berkenalan.
.
” asal mana kau bro?” saya bertanya
.
” Ranau!” dai menjawab.
.
” hah?!” saya menjerit.
.
” hah?!!!” isteri saya lagi kuat menjerit terkejut.
.
” di kampung mana kau tinggal?” saya mahu tahu lagi.
.
” Lohan!” dia jawab persoalan saya
.
” hah?!!” serentak saya dan isteri menjerit.
.
” kenapa saya tidak kenal kau. siapa bapa kau?” saya semakin semangat.
.
” Jahudin”. dia memberitahu.
.
saya berfikir sekejap. siapa jauhdin di lohan ar.
.
” tapi kami di sana Randaggong”. penunggan rider tu menambah.
.
” kau adik si Adlfe Dat @ adif ?” kawan sekolah saya.
.
” ya!”. kata AdizZam Cuah.
.
siapa sangka perancangan Allah tu hebat!
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *