Assalamualikum W.B.T

.

Segala puji hanya bagi Allah yang memerintah sekelian Alam. 

Yang maha pemurah lagi maha mengasihi

Dialah menjadi penguasa hari pengadilan.

Engkaulah kami sembah dan Engkaulah kami memohon pertolongan.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Jalan yang Kau berikan nikmat. Bukan Jalan yang Engkau murka dan bukan jalan yang Engkau Sesatkan.

.

Aminn.


Isteri saya selalu marah-marah di rumah. Saya sudah ikut cara yang kamu cadangkan. Jaga apa yang di suka. Sama juga saya tengok.

.

Selalu kita dipesan sebelum berkahwin kita perlu ada perkerjaan, rumah, kereta dan duit simpanan. Sekiranya memenuhi semua kriteria itu, maka rumah tangga akan terjamin. Maka berduyun-duyunlah manusia terutama lelaki berusaha untuk mendapatkan perkerjaan yang stabil, menyimpan sehingga mengikat perut untuk makan, berusaha mendapatkan rumah dengan membuat pinjaman disana sini. Sehinggakan keperluan-keperluan itu menjadi syarat utama untuk bernikah. Malangnya, ada kala si lelaki berputus asa dan tidak meneruskan untuk menghalakan sebuah perhubungan.

.

Perkara ini telah menjadi stigma kepada masyarakat kini yang akhirnya banyak terjadi satu fenomena salah menyalahkan dikalangan bakal suami dan bakal isteri berlaku. Sedangkan urusan untuk menghalalkan sebuah perhubungan sangat mudah iaitu waras, ada lelaki, ada wanita, akad, nikah dan mas kawin. 

.

“Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.” Surah al-Nissa ayat 28

.

Ah!..Zaman sekarang memerlukan semua tu. kalau tiada macam mana mahu kasi makan anak bini?..

.

Ah!..Sekarang perlu. Nanti kalau kami kena kasi tinggal suami macamana?..

.

dua ayat yang selalu didengari…

.

Pernikahan ini adalah perjanjian manusia dengan Allah. Bukan perjanjian dengan manusia. Sesungguhnya kalau pernikahan didasari dengan keimanan yakni kepercayaan dengan Allah, tidak mungkin sebuah perkahwinan itu akan bermasalah kecuali berlaku maksiat dalam keluarga.

.

Sebenarnya, apa suami perlu dalam perkahwinan?

.

“….Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)” Surah Al-Nisaa Ayat 19.

.

Seorang suami hanya perlu BERBUAT BAIK dan  SABAR.

Sorang suami wajib BERBUAT BAIK dan SABAR

Seorang suami Jangan tidak BERBUAT BAIK dan SABAR

Seorang Suami mahu BERBUAT BAIK dan BERSABAR

Seorang suami bertindak BAIK dan SABAR

Seorang Suami perlu menahan nafsu dengan dengan BAIK dan SABAR

Seorang suami perlu mencari nafkah yang BAIK untuk isteri dengan SABAR.

.

Hanya itu yang perlu bagi seorang lelaki yang bergelar SUAMI. Allah hanya pesan ini untuk seorang Suami. Seorang suami yang mempunyai perkerjaan yang baik tetapi tidak baik dan sabar dengan isteri pun, tetap akan bermasalah. Seorang suami yang mempunyai rumah yang cantik tetapi tidak baik dan sabar dengan isteri pun, tetap rumahnya akan seperti penjara. Seorang suami yang mempunyai wang simpanan yang banyak tetapi tidak baik dan sabar dengan isteri pun, tetap akan bermasalah.

.

nota sampingan.

.

Apa seorang isteri perlu buat?

.

“..Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya” Surah Al-Nissa ayat 34.

.

Seorang isteri hanya perlu taat kepada Allah dan Suami seperti Solat, Puasa dan taat perintah suami selagi mana tidak bertentangan dengan syariah.


Seorang isteri hanya perlu menjaga diri ketika suami tiada bersama bukan menjaga suaminya. Hal menjaga diri suami adalah dalam tanggungjawab suami. Adapun menyediakan makan dan minum serta menyediakan pakaian suami serta mengemas rumah adalah ibadah tambahan untuk menyenangkan suami namun ianya tidak wajib.

.

.

walluhualam…