#Tips menjadi orang yang bahagia dalam kehidupan.

1. Zero Perceptions

pemikiran anda terbentuk oleh persekitaraan dan pengalaman lepas yang anda lalui. Anda mungkin lahir daripada persekitaraan yang kurang baik dan anda melihat, mendengar dan merasakan apa yang berlaku pada persekitaraan anda. Untuk anda berasa bahagia, anda perlu membuant sikap-sikap seperti membuat penilaian, menghakimi dan menghukum seseorang/peristiwa yang berlaku di persekitaraan itu. sikap-sikap dan sifat-sifat itu adalah sikap dan sifat tuhan. kita sebagai manusia hanya perlu lalui dan beranggapan bahawa kita hamba yang perlu lalui segala ketentuanya.

2. Sedar Diri.

sekiranya anda seorang yang kaya, adakah anda bahagia? Ada yang mengatakan ya, ada yang mengatakan tidak. sekiranya anda TAHU dan SEDAR diri anda sebagai siapa, anda akan tidak merasakan bahawa dunia ini sedang menghukum anda. sebaliknya, anda akan bersyukur dan mengetahui bahawa sebagai manusia kebahagiaan itu adalah penerimaan keadaan diri sendiri. anda SEDAR dan TAHU apa kelebihan anda dan kekuatan anda yang tiada pada orang lain. anda bahagia.

3. Jangan biarkan emosi anda dikawal.

Setiap kali anda gembira, mesti disebabkan oleh seseorang atau perkara lain yang cetuskan emosi anda? atau pun ketika anda marah juga disebabkan cetusan oleh pihak yang lain. seperti Televisyen, sekiranya anda mahu menukar saluran lain, anda hanya perlu tekan butang saluran yang anda mahu. anda telah serahkan alat kawalan jauh kepada orang lain untuk menentukan emosi apa yang mereka mahu tehadap anda. ada emosi yang baik untuk kita dan buat kita bahagia. ada yang emosi itu tidak bagus untuk kita dan buatkan kita sengsara. jangan biarkan orang lain mengawal kawalan jauh emosi anda. anda berhak dengan emosi anda.

4. Buat pilihan emosi anda.

anda berhak terhadap emosi anda. anda boleh pilih untuk gembira dan boleh pilih untuk sebaliknya. setiap kali anda merasakan anda tidak gembira, katakan pada diri anda ‘ saya mahu gembira hari ini’. lakukan sebanyak 3 kali dengan nada suara yang kuat dan lantang. anda akan gembira.

5. Pasakkan kepercayaan anda.

Tingkah Laku anda bergantung kepada ‘system belief’ yang anda pegang dalam diri anda. apabila anda ‘system belief’ mengatakan anda bahagia, anda akan merasakan bahagia dan begitulah sebaliknya. ‘System belief’ adalah sebuah ‘mental block’ paling besar yang wujud dalam minda. ‘Mental block’ juga boleh dikalisfikasikan sebagai satu mekanisma bela diri yang menidakkan sesuatu perkara. malahan, beberapa pendapat juga mengatakan ‘ mental block’ adalah EGO dalam iceberg Theory.

6. Emosi terhasil daripada pergerakan tubuh badan kita.

lakukan sebanyak aktiviti fizikal untuk anda kurang melayan perasaan emosi anda yang tidak baik. lakukan senaman, yoga dan sebagainya untuk merangsang pengaliran hormon-hormon yang baik untuk mengurangkan ketidak selesaan emosi.

7. kenali apa yang menyebabkan anda tidak bahagia.

perkara yang menyebabkan anda tidak bahagia itu adalah bukan disebabkan seseorang atau perkara itu. tetapi emosi anda yang menyebabkan anda tidak bahagia sedangkan perkara/seseorang itu tidak ada yang berubah. anda perlu kenali apa perkara yang menyebabkan emosi anda terganggu. kenapa perkara itu berlaku yang menyebabkan emosi anda terganggu dan bagaimana perkara itu telah mengganggu emosi anda. selesaikan setiap persoalan itu 1 persatu.